Tiong: Majlis makan malam dengan alkohol bukan anjuran kerajaan, tapi industri pelancongan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan dakwaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bahawa minuman beralkohol dihidangkan pada majlis anjuran kerajaan.
Menurutnya, majlis makan malam itu sebenarnya ditaja dan dianjurkan oleh pemain industri pelancongan sempena Global Travel Meet, bukan oleh kerajaan.
Tiong menjelaskan, Tourism Malaysia hanya berperanan menyelaras persembahan budaya dan melancarkan kalendar Visit Malaysia Year 2026 yang melibatkan 318 program di seluruh negara.
“Semua makanan dan minuman disediakan oleh penganjur, termasuk pilihan tanpa alkohol,” katanya.
Beliau turut menasihatkan Mas Ermieyati supaya tidak mengelirukan orang ramai dengan dakwaan tidak berasas yang boleh menjejaskan keyakinan antarabangsa terhadap Malaysia.




