Malaysia
Treler langgar Perodua Alza, polis siasat insiden di R&R Ayer Keroh

Polis menyiasat insiden tular melibatkan sebuah treler yang dipercayai melanggar tiga kereta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, semalam.
Rakaman video dikongsi orang awam menunjukkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah Perodua Alza yang diparkir di bahu jalan mengalami kerosakan selepas dipercayai dilanggar dan diheret treler yang sedang memasuki laluan ke R&R.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta persendirian.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dan memberi kerjasama penuh bagi melancarkan siasatan.




