Malaysia

UIAM mohon maaf isu pensyarah dakwa orang Rom belajar buat kapal daripada orang Melayu

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memohon maaf susulan kenyataan seorang pensyarahnya yang mendakwa orang Rom belajar membuat kapal daripada orang Melayu, yang tular baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, UIAM menegaskan bahawa pandangan tersebut tidak mewakili pendirian rasmi universiti, sebaliknya merupakan pandangan peribadi ahli akademik berkenaan.

UIAM menekankan bahawa setiap kenyataan awam oleh warga akademiknya perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab, berpaksikan ketepatan ilmiah serta selaras dengan etika dan kepiawaian bidang, meskipun universiti itu tetap mendukung prinsip kebebasan akademik.

Pihak universiti memaklumkan siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi menjaga integriti serta reputasi institusi.

Video ceramah Prof Solehah Yaacob yang tular itu mencetuskan kecaman ramai termasuk daripada Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) yang menyifatkan kenyataan itu boleh menjejaskan nama baik UIAM.

Pensyarah sama sebelum ini turut mencetuskan kontroversi pada tahun lalu apabila mengaitkan isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah Khuwailid, dengan alam Melayu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker