Malaysia
Usaha selamatkan pelajar UUM terkandas di Hatyai bermula hari ini
Usaha membawa pulang 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir di Hat Yai dijangka dilakukan hari ini.
Menurut kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, universiti sedang bekerjasama dengan Konsulat Malaysia di Hat Yai serta NGO bagi mengatur proses pemindahan.
Sebelum ini, NGO telah menggerakkan 12 bot untuk menghantar makanan dan keperluan asas ke hotel penginapan pelajar di Wangburapa Grand, namun arus deras memaksa operasi itu dihentikan.
Kesemua pelajar yang terkandas sejak 22 November lalu ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thailand–Malaysia 2025 dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan baik.



