Malaysia

Virus Nipah: Malaysia, Indonesia muka ketat kawalan pintu sempadan

Malaysia dan Indonesia muka memperketat kawalan kesihatan di pintu masuk negara susulan kebimbangan terhadap potensi penularan virus Nipah yang dilaporkan di India.

Kedua-dua negara meningkatkan pemantauan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan dibawa masuk oleh pengembara antarabangsa.

Di Indonesia, semua pengembara kini diwajibkan membuat pengisytiharan kesihatan sebelum tiba melalui platform digital, selain menjalani saringan di pintu masuk termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Pihak berkuasa turut meneliti penerbangan dari negara terjejas dan menjalankan pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat penumpang bergejala.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan memaklumkan kawalan kesihatan di sempadan sentiasa dilaksanakan dan akan dipertingkatkan secara berperingkat berdasarkan penilaian risiko semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker