Malaysia

Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara baharu

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lalu.

Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan perundingan bersama Majlis Raja-Raja, seperti termaktub dalam Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan.

Majlis penyampaian watikah pelantikan serta istiadat angkat sumpah akan berlangsung pada 28 Julai ini di Istana Negara.

Sementara menanti pelantikan rasmi, tugas dan kuasa Ketua Hakim Negara sebelum ini dipangku oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker