Malaysia

Wanita tidur di KLIA 1 hampir setahun ada kad mental – Polis

Seorang wanita yang menjadikan KLIA Terminal 1 sebagai ‘rumah sementara’ dilaporkan mempunyai kad mental dan telah diserahkan kepada Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita warga tempatan itu diserahkan ke hospital pada Khamis lalu selepas polis menerima aduan berkaitan kekacauan yang ditimbulkannya di terminal.

Tindakan itu dibuat bagi memastikan keselamatan wanita berkenaan serta orang awam.

Sebelum ini, video tular di media sosial menunjukkan wanita itu bertindak agresif, termasuk memarahi orang awam di kawasan terminal atas alasan membuat bising.

Difahamkan, wanita terbabit menjadikan kawasan terminal sebagai tempat tinggalnya termasuk untuk tidur dan mandi serta turut bergantung sepenuhnya dengan kemudahan awam disediakan di KLIA termasuk bekalan air dan WiFi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker