Malaysia

Widad Skycore juara WCGC Malaysia, wakili negara ke Shanghai

Isyraf Widad Muhammad Ikmal Opat dan Muhammad Adib Ibrahim dari Widad Skycore (M) Sdn Bhd muncul juara edisi pertama World Corporate Golf Challenge (WCGC) Malaysia di Kota Permai Golf & Country Club.

Bermain dengan handicap gabungan tujuh, pasangan itu mengumpul 42 mata Stableford sekali gus menewaskan 20 pasukan lain dan akan mewakili Malaysia ke World Final di Shanghai, China pada 19 hingga 23 Oktober 2025.

Turut layak selepas rayuan penganjur Elora Global Sdn Bhd diterima ialah pasangan Anushka Gayan dan Lee Robert dari Leonian Malaysia yang menamatkan saingan di tempat kedua.

Tempat ketiga pula dimenangi Selvan Subramaniam dan Sasikumar Subramaniam dari Cyberlan Integral Sdn Bhd.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan penaung WCGC Malaysia, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Edisi sulung kejohanan ini ditaja Enotech sebagai penaja utama dengan sokongan pelbagai syarikat korporat lain termasuk Konsortium Jaringan Selangor, Spectrum Outdoor, Les Copaque Production dan Cuckoo Malaysia.

Turut menyokong kejohanan ialah penaja bersama iaitu PlusMax Group of Companies, CelcomDigi dan Skechers GoGolf, manakala BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design dan Bridgestone Golf tampil sebagai penaja Hole-in-One.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker