Malaysia
42,288 notis amaran dikeluarkan dalam OP PUU di ibu negara

Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 42,288 notis amaran menerusi Operasi Patuh Undang-Undang (OP PUU) yang memberi tumpuan kepada kesalahan kecil jalan raya sehingga Sabtu.
Daripada jumlah itu, 19,672 notis melibatkan penunggang motosikal, 18,058 pemandu kereta, 955 pemandu teksi, 821 pemandu van, 576 pemandu lori serta 2,206 pejalan kaki.
Kesalahan paling tinggi direkodkan ialah halangan lalu lintas akibat parkir tidak mengikut tempat dengan 18,169 notis.
OP PUU memasuki fasa advokasi sejak 6 September dan tindakan saman serta-merta akan dikenakan selepas tempoh itu berakhir.




