Dunia

45 jemaah umrah maut selepas bas langgar lori tangki minyak di Madinah

Sekurang-kurangnya 45 jemaah umrah dari India dipercayai maut selepas bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah tangki minyak berhampiran Madinah pada Isnin.

Ketika kejadian, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah dengan 46 penumpang, dan hanya seorang mangsa dilaporkan terselamat serta sedang dirawat.

Kerajaan negeri Telangana memaklumkan mereka bekerjasama rapat dengan Kedutaan India di Riyadh, manakala bilik gerakan 24 jam telah dibuka di Konsulat India di Jeddah bagi mengurus urusan kecemasan.

Menurut laporan Gulf News, ramai penumpang sedang tidur ketika kejadian, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan diri apabila bas terbakar selepas pelanggaran.

Perdana Menteri India Narendra Modi menzahirkan rasa dukacita atas tragedi itu dan memaklumkan kedutaan serta konsulat India sedang memberikan bantuan penuh, selain bekerjasama rapat dengan Arab Saudi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker