Malaysia

97 kluster baharu jangkitan dilaporkan, Selangor paling tinggi – KKM

Jangkitan influenza A dan B di negara ini meningkat ketara berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan sebanyak 97 kluster jangkitan dilaporkan pada Minggu Epidemiologi 40/2025.

Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 43 kluster, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9) dan Kedah (5). Majoriti kes berlaku di sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan peningkatan ini selaras dengan pola penularan bermusim dan masih terkawal. Kadar kemasukan ke hospital bagi kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) juga menunjukkan sedikit penurunan.

Institusi pendidikan disaran memantau pelajar bergejala, memastikan mereka mendapatkan rawatan serta melaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya berlaku peningkatan kes.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker