Malaysia

Misi FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia tiba di Turkiye hari ini

Pesawat membawa 95 aktivis misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), termasuk sembilan rakyat Malaysia, dijangka tiba di Turkiye hari ini.

Maklumat daripada Kementerian Luar Turkiye memaklumkan penerbangan dari Israel itu dijangka mendarat di Istanbul sekitar jam 3 petang.

Terdahulu, 145 aktivis misi flotilla dilaporkan ditahan Israel, dan peguam daripada Pusat Undang-Undang Hak Minoriti Arab (ADALAH) sudah bertemu 100 daripada mereka.

Tujuh daripada sembilan wakil Malaysia dilapor menandatangani surat deportasi, manakala dua lagi masih menunggu pelepasan.

Mereka disahkan selamat tanpa kecederaan dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan selepas dibebaskan.

Antara rakyat Malaysia yang terbabit ialah Ketua Misi Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan Dr Maziah Muhammad.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker