Ramai rupanya tiada lesen sah! 2.4 juta tak layak terima subsidi RON95 – Anthony Loke

Sejumlah 2.4 juta rakyat Malaysia tidak layak menerima Bantuan Budi Madani RON95 (BUDI95) kerana lesen memandu kompeten (CDL) mereka terbatal selepas tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, daripada kira-kira 15 juta lesen aktif, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 925,421 pemegang lesen tamat tempoh kurang tiga tahun.
Ia meliputi 551,688 lesen tamat tempoh bawah setahun, 219,092 tamat tempoh antara satu hingga dua tahun, manakala 154,641 tamat tempoh antara dua hingga tiga tahun.
Golongan ini masih boleh memperbaharui lesen, namun jika melebihi tiga tahun mereka bukan sahaja hilang kelayakan subsidi, malah perlu menduduki semula ujian memandu bahagian dua dan tiga.
Orang ramai diingatkan menyemak tarikh luput lesen masing-masing kerana proses pembaharuan kini lebih mudah dan pantas.




