Malaysia

100,000 peserta disasar turun gotong-royong demi Hari Cuci Malaysia

Hari Cuci Malaysia (HCM) 2025 menyasarkan penyertaan 100,000 orang di seluruh negara bagi menjayakan agenda kebersihan nasional yang bakal berlangsung pada 27 September depan.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menetapkan sasaran mengutip sekurang-kurangnya 3,000 kilogram minyak masak terpakai dalam tempoh sehari sebagai sebahagian daripada inisiatif kitar semula.

Acara kemuncak peringkat kebangsaan yang menyasarkan dua rekod baharu Malaysia Book of Records itu akan diadakan di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan program gotong-royong serentak dilaksanakan di pelbagai lokasi lain.

Program anjuran KPKT itu akan melibatkan kementerian, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, syarikat swasta, NGO dan orang awam, selain diadakan serentak dengan sambutan World Clean Up Day anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Edisi pertama tahun lalu di Pasar Seni merekodkan 58,007 penyertaan dengan 4,645.50 metrik tan sisa pepejal dikutip serta operasi gotong-royong tanpa henti selama 12 jam.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker