Malaysia

KPM beri kerjasama penuh siasatan kematian murid tahun empat di Seremban

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis berhubung kes kematian seorang murid tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sebuah sekolah di Seremban semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, intervensi sokongan psikososial turut diaktifkan bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Beliau dalam masa sama menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga murid tersebut pada waktu ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang murid lelaki tahun empat ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sebuah sekolah di Seremban semalam, sebelum disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu dilaporkan kepada polis pada jam 1.19 tengah hari ketika murid berkenaan sedang menerima rawatan awal di sebuah pusat perubatan swasta berhampiran, sebelum disahkan meninggal dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker