Malaysia

Pendedahan FIFA: “Lebih baik FAM ada jawapan, peminat kecewa”

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta tidak berdiam diri sebaliknya menjawab segera tentang pendedahan yang dibuat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kedudukan tujuh pemain warisan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menekankan bahawa isu itu menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang mengharapkan penjelasan segera daripada FAM menjelang perlawanan Harimau Malaya menentang Laos minggu ini.

FIFA dalam kenyataannya menjelaskan, hasil siasatan mendapati maklumat yang dikemukakan FAM tidak selaras dengan dokumen rasmi yang diperoleh badan induk bola sepak dunia itu.

Hasil siasatan FIFA, tempat kelahiran datuk atau nenek tujuh pemain terbabit bukan di Malaysia seperti didakwa, sebaliknya di Sepanyol, Argentina, Brazil, dan Belanda.

Sementara itu, FAM memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan rasmi melalui saluran yang ditetapkan FIFA.

Badan induk itu menegaskan mereka memiliki bukti lengkap bagi menyokong rayuan tersebut namun terikat dengan undang-undang dan tidak dapat mendedahkan dokumen berkenaan secara terbuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker