Malaysia

Vivy Yusof dan suami dapat semula pasport untuk ke Istanbul, Bosnia

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka sementara waktu.

Ia bagi mereka menghadiri program Islamik di Istanbul dan Bosnia dari 4 hingga 11 November ini.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan pasport pasangan itu dipegang mulai hari ini hingga 12 November, sebelum dikembalikan kepada mahkamah pada 13 November. Permohonan tersebut tidak dibantah pihak pendakwaan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Vivy, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa membuat pembayaran daripada akaun FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan lembaga pengarah pada 21 Ogos 2018 di sebuah cawangan Public Bank di Bukit Damansara.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker