Malaysia

Tourism Malaysia disaran utamakan promosi Deepavali, bukan Halloween

Tourism Malaysia seharusnya lebih peka dan tidak mengetepikan sambutan perayaan tempatan seperti Deepavali yang bakal diraikan pada 20 Oktober ini, berbanding mempromosikan sambutan Halloween.

Pengasas dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia, Datuk N Sivakumar berkata, walaupun promosi acara hiburan dapat membantu merancakkan ekonomi pelancongan negara, ia tidak seharusnya mengangkat budaya barat yang tiada kaitan dengan warisan tempatan.

Malaysia, katanya, terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi satu keunikan yang wajar ditonjolkan dalam setiap kempen pelancongan.

Tourism Malaysia menerima teguran selepas memuat naik poster promosi acara bertema Halloween “Nights of Fright 11” di Sunway Lagoon, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Promosi awal Halloween yang didahulukan berbanding Deepavali turut dianggap mencerminkan kealpaan terhadap sensitiviti budaya, apatah lagi ketika negara sedang menuju ke arah Visit Malaysia 2026.

Sivakumar turut mencadangkan agar Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan menetapkan garis panduan jelas untuk agensi serta pusat beli-belah agar memberi keutamaan kepada perayaan dan warisan tempatan dalam setiap promosi, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker