Malaysia
Mayat diikat dalam bagasi ditemui di Butterworth dikenal pasti

Mayat lelaki yang ditemui dalam bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Butterworth semalam dikenal pasti sebagai Lee Boon Han, 31 tahun.
Pengecaman dilakukan oleh bapanya di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pagi tadi.
Mangsa, yang bekerja sebagai ejen insurans, dilaporkan hilang sejak 8 Oktober selepas keluar ke Perlis atas urusan kerja.
Mayat Boon Han ditemui seorang pekerja penyelenggaraan sekitar jam 1.43 petang dalam keadaan tragis dengan leher dikelar, tangan diikat dan kepala diserkup plastik.
Polis percaya mangsa baru dibunuh berdasarkan keadaan fizikalnya.




