Malaysia

KKR tiada kuasa perundangan ke atas Jalan Genting Highlands

Kementerian Kerja Raya (KKR) menegaskan ia tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori ke atas Jalan Genting Highlands susulan semakan awal menunjukkan laluan berkenaan bukan jalan persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah persendirian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan laluan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong, namun beliau memahami kebimbangan awam terhadap isu yang tular ketika ini.

Isu berkenaan timbul selepas Genting Malaysia Berhad mengesahkan rancangan mengenakan caj penggunaan bagi jalan persendirian itu bagi menampung kos penyelenggaraan 24 kilometer laluan dan cerun yang dikendalikan syarikat berkenaan sejak 1960-an.

Genting Malaysia menjelaskan ia telah lama menanggung kos keselamatan, termasuk menyediakan pasukan tindak balas kecemasan 24 jam di pertengahan dan puncak bukit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker