Malaysia

Kluster influenza meningkat, rumah persendirian catat kes tertinggi

Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kluster influenza meningkat kepada 46 pada Minggu Epidemiologi 45/2025 berbanding 43 minggu sebelumnya.

Rumah persendirian mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 kluster, diikuti sekolah (13), tadika (8), taska (5) dan tiga kluster lain di institusi pendidikan.

Walaupun jumlah kluster meningkat, kadar positif Influenza menurun ketara kepada 18.8% berbanding 38.5% minggu sebelumnya, selaras dengan trend penurunan aktiviti Influenza yang dikesan melalui survelan ILI dan SARI.

Manakala kemasukan kes SARI menunjukkan sedikit kenaikan kepada 10.98%, namun keseluruhannya masih dalam julat sederhana.

Setakat ini, tiada mutasi baharu virus Influenza dikesan melalui jujukan genom.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker