Dunia
Tiada lagi IG, Facebook dan Threads bagi remaja di Australia

Meta mula menyahaktifkan akaun pengguna berusia 13 hingga 15 tahun di Australia bermula 4 Disember sebagai persediaan menghadapi larangan media sosial untuk bawah 16 tahun yang berkuat kuasa 10 Disember.
Tindakan ini melibatkan Instagram, Facebook dan Threads di bawah undang-undang baharu yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan kesihatan mental remaja.
Meta sudah menghantar makluman kepada pengguna muda yang dikenal pasti, dengan anggaran 350,000 akaun di Instagram dan 150,000 di Facebook terjejas.
Selepas tarikh itu, mereka bukan sahaja hilang akses, malah tidak boleh membuka akaun baharu.
Peraturan baharu ini turut memberi tekanan kepada platform lain seperti TikTok, YouTube, X dan Reddit yang tertakluk kepada kawal selia sama.




