White House pertahan tindakan Trump gelar wartawan ‘piggy’

White House pada Khamis mempertahankan Presiden Donald Trump susulan tindakannya memanggil seorang wartawan wanita dengan istilah menghina ketika ditanya mengenai pesalah seks Jeffrey Epstein yang telah meninggal dunia.
Pihak pentadbiran menggambarkan tindakan itu sebagai sebahagian daripada gaya komunikasi Trump yang dianggap tegas dan terus terang.
Insiden berkenaan berlaku dalam pesawat Air Force One minggu lalu dan tular apabila rakaman menunjukkan Trump membalas dengan kata-kata kasar ketika ditekan mengenai e-mel Epstein yang baru didedahkan.
Kritikan dalam talian menyifatkan kenyataan itu tidak sesuai untuk seorang presiden dan dilihat merendahkan wartawan terbabit.
White House menyatakan bahawa Trump sering mempertahankan diri daripada laporan yang dianggap tidak tepat, di samping mengekalkan akses media yang luas.
Sehari sebelumnya, Trump turut menandatangani undang-undang yang mengarahkan Jabatan Kehakiman mendedahkan dokumen siasatan panjang melibatkan Epstein, selepas sebelumnya enggan didedahkan kepada umum.




