Seperti Australia, Malaysia larang kanak-kanak bawah 16 tahun miliki media sosial bermula 2026

Kerajaan akan melarang kanak-kanak bawah 16 tahun di Malaysia daripada membuka atau memiliki akaun media sosial bermula tahun depan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah ini dibuat bagi mengukuhkan keselamatan dalam talian golongan bawah umur dan akan dikuatkuasakan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Januari.
Kerajaan kini meneliti kaedah penguatkuasaan paling sesuai, termasuk kemungkinan mewajibkan platform media sosial menggunakan sistem pengesahan eKYC yang memerlukan dokumen pengenalan rasmi seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID.
Dalam masa sama, ibu bapa disaran memantau penggunaan gajet anak, mengehadkan masa skrin dan menggalakkan lebih banyak aktiviti luar sebagai langkah sokongan kepada keselamatan digital mereka.




