Malaysia

Stesen minyak di PJ disiasat, didakwa jual RON95 kepada kenderaan asing

Sebuah stesen minyak di Petaling Jaya sedang disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas didakwa menjual petrol RON95 kepada sebuah kenderaan berdaftar asing.

Menurut KPDN, siasatan bermula selepas pihaknya menerima aduan melalui portal e-aduan pada 26 April. Hasil semakan lanjut termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pemilik kenderaan asing berkenaan mengisi minyak RON95 dan membuat bayaran menggunakan kad kredit.

Kementerian turut memaklumkan bahawa tindakan diambil di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Jualan dan Pembelian Barang Kawalan) (RON95 Petrol) 2026.

Sehubungan itu, beberapa dokumen berkaitan telah disita bagi membantu siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker