Malaysia
Rumah Albert Tei di Puchong diserbu SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan melakukan serbuan di kediaman ahli perniagaan kontroversi Albert Tei di Puchong, Selangor, pagi tadi.
Menurut peguamnya, Mahajoth Singh, pasukan penyiasat hadir bersama waran dan turut berusaha membawa Tei ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, meskipun beliau dijadualkan memberi kenyataan pada Isnin.
Mahajoth mempertikaikan tindakan itu yang didakwanya bercanggah dengan aturan ditetapkan dan tidak sepatutnya berlaku.
Tei bersama seorang wanita, Sofia Rini Buyong, sebelum ini dipanggil hadir pada Isnin bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin.




