Malaysia

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 3 ketika main pickleball di TREC

Seorang lelaki berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Pudu, Wangsa Maju pada malam Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, mangsa yang ketika itu bermain pickleball dipercayai memanjat kawasan berpalang di sebelah gelanggang untuk mengambil bola sebelum tergelincir dan jatuh ke tingkat bawah.

Maklumat daripada pengendali lokasi kejadian di media sosial turut menjelaskan bahawa mangsa dipercayai melangkaui kawasan larangan di luar gelanggang yang dipisahkan oleh railing dan jaring keselamatan.

Struktur itu hanya berfungsi sebagai penghadang bola dan bukan untuk menampung berat badan, sekali gus menjelaskan bagaimana mangsa boleh terjatuh walaupun tiada kerosakan pada lantai atau pagar.

Pihak pengurusan juga memaklumkan bahawa rakaman CCTV telah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker