Malaysia

Malaysia kekal penarafan kredit BBB+ hasil kestabilan politik dan kawalan rasuah

Malaysia mengekalkan penarafan kredit berdaulat BBB+ dengan tinjauan Stabil oleh Fitch Ratings, dipacu oleh prestasi kukuh negara dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut mengatasi median global dalam kestabilan politik, kedaulatan undang-undang, kawalan rasuah, kualiti institusi serta hak asasi manusia.

Fitch menilai dasar yang lebih stabil di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI sebagai pemacu keyakinan pelabur dan pertumbuhan jangka sederhana.

Agensi itu mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.6% pada 2025, disokong pasaran kerja yang kukuh, pengangguran rendah, peningkatan gaji dan pelaburan teknologi termasuk pelaburan modal berkaitan AI yang terus meningkat.

Fitch menjangka defisit fiskal terus mengecil kepada 3.5% pada 2026 dan mencapai 3% menjelang 2028 sekiranya rasionalisasi subsidi dan peluasan hasil diteruskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker