Trump tawar visa ekspres kepada warga asing, berharga RM4.1 juta

Presiden Donald Trump memperkenalkan skim visa ekspres “Kad Emas” yang menawarkan laluan pantas ke imigresen dan kewarganegaraan Amerika Syarikat kepada warga asing dengan kos sekurang-kurangnya RM4.1 juta.
Skim ini menyasarkan profesional bertaraf tinggi yang dianggap mampu memberi manfaat ekonomi kepada negara.
Selain bayaran individu, syarikat yang mahu menaja pekerja melalui skim sama perlu membayar US$2 juta (RM8.2 juta) berserta yuran tambahan bagi setiap pekerja.
AS turut merancang untuk melancarkan “Kad Platinum” dengan kelebihan cukai khas pada harga US$5 juta (RM20.5 juta).
Pemohon juga perlu membayar yuran pemprosesan tidak dikembalikan sebanyak US$15,000 (RM62,000) sebelum permohonan disemak.
Skim ini dilihat sebagai usaha Trump menarik pelabur dan bakat bernilai tinggi ke Amerika Syarikat.




