Malaysia
Tergamak betul, mayat bayi ditemui dalam lori sampah di Bukit Jalil

Mayat seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam sebuah lori sampah di Bukit Jalil tengah hari tadi, menggemparkan penduduk setempat.
Jasad itu ditemukan dalam keadaan menyerupai posisi fetus dan dipenuhi air buangan di bahagian belakang lori ketika pekerja Alam Flora memunggah sampah.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan penemuan tersebut dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat atau mana-mana balai polis berhampiran. Dua video mengenai penemuan mayat bayi itu turut tular di media sosial.




