Malaysia
Melaka mahu landasan LTAM dipanjangkan, sasar pesawat lebih besar

Kerajaan Melaka memohon kerajaan Persekutuan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam bagi membolehkan pesawat generasi baharu mendarat dengan muatan penuh.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam berkata, pemanjangan landasan itu penting untuk menerima pesawat seperti Airbus A320neo dan Boeing 737 MAX, sekali gus meningkatkan keupayaan LTAM.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka 2026 di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Ahad, 24 Ogos.
Dalam perkembangan berkaitan, Melaka merekodkan lebih 15.9 juta pelancong pada 2025, meningkat 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.




