DuniaTeknologi

Kereta terbang pertama dunia mula dijual pada harga RM1.2 juta

Kereta terbang pertama dunia kini mula dijual apabila Alef Aeronautics dari Amerika Syarikat mengumumkan penghantaran awal Model A Ultralight kepada pelanggan terpilih selepas lebih sedekad dibangunkan.

Kenderaan futuristik bernilai sekitar RM1.2 juta itu mampu dipandu di jalan raya dan terbang secara menegak tanpa landasan.

Model A dilengkapi lapan kipas tersembunyi serta teknologi eVTOL, membolehkannya berlepas dan mendarat di ruang terhad dengan kelajuan sehingga 177 km/j.

Setiap unit dipasang secara manual di Silicon Valley dan mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan.

Penghantaran awal dibuat secara terhad bagi tujuan ujian dunia sebenar sebelum pengeluaran berskala besar dilaksanakan.

Alef menegaskan Model A merupakan kereta terbang sebenar pertama yang sah digunakan di jalan raya dan udara, berbeza daripada konsep teksi terbang sedia ada.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker