Malaysia

Penyokong Najib Razak berkumpul seawal jam 7 pagi di Mahkamah Tinggi

Lebih 100 penyokong Najib Razak berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal 7 pagi berhubung permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Hari ini, Mahkamah Tinggi memutuskan bekas perdana menteri itu kekal di Penjara Kajang.

Dengan keputusan itu, Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Penyokong hadir dari pelbagai negeri termasuk beberapa bas dari Pekan, Pahang. Najib tiba dari Penjara Kajang pada 8.41 pagi.

Najib sedang menjalani hukuman penjara atas sabitan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker