Malaysia
Guru sekolah agama di Kg Pandan ditahan atas kes amang seksual

Seorang guru lelaki berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah sekolah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek yang telah berkhidmat di sekolah berkenaan selama kira-kira 11 tahun direman selama enam hari bermula hari ini hingga Khamis depan.
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.16 petang, Selasa lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.




