Malaysia

Sistem pemprosesan penumpang kembali beroperasi – MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan sistem pemprosesan penumpang global di semua lapangan terbang di Malaysia telah pulih sepenuhnya dan kembali beroperasi seperti biasa.

Menerusi kenyataan media, MAHB memaklumkan proses daftar masuk dan menaiki pesawat kini berjalan lancar, manakala pasukan lapangan terbang serta syarikat penerbangan terus memantau keadaan bagi memastikan operasi kekal stabil.

Sebelum ini, gangguan sementara pada sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat, menyebabkan syarikat penerbangan mengaktifkan prosedur luar jangka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker