Malaysia

“Puluhan ikan keli berselerak atas jalan, Padang Luas jadi tumpuan”

Pengguna jalan raya di Padang Luas, Jerteh, Terengganu dikejutkan dengan puluhan ikan keli yang bertaburan di atas jalan semalam.

Kejadian itu tular selepas pengguna Threads, @tsyaaa.my berkongsi gambar ikan keli bersaiz besar memenuhi sebahagian jalan hingga ke bahu jalan.

Menurut pengguna media sosial dikenali sebagai @hamimishahira, ikan berkenaan adalah milik abang iparnya yang sedang dalam perjalanan menghantar ikan ke sebuah kolam baharu.

Katanya, ikan-ikan itu terlepas selepas lori yang membawa ikan berkenaan memecahkan pagar. Kejadian tersebut turut mengundang pelbagai komen netizen, termasuk gurauan ada yang mahu mengutip ikan itu untuk dibuat pecal lele.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker