Malaysia

MBDK mula kenakan Fi Kelestarian Selangor mulai 1 Januari 2026

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bersedia melaksanakan Fi Kelestarian yang akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor bermula 1 Januari 2026.

Fi ini dikenakan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa semasa daftar masuk di semua premis penginapan mengikut kadar semalaman berdasarkan kategori premis.

Kutipan akan dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan, manakala pengusaha hotel bertindak sebagai pengurus kutipan.

Kadar Fi Kelestarian Selangor melibatkan hotel 4 & 5 bintang dengan RM7 semalam, hotel 1–3 bintang / tanpa penggredan dengan RM5 semalam, hotel bajet & asrama pelancongan iaitu RM2 semalam.

Manakala homestay, Airbnb & penginapan berdaftar MOTAC iaitu RM3 semalam dan tapak perkhemahan & campervan pula RM3 semalam.

Menjelang 2026, MBDK turut komited meneruskan usaha pembangunan bandar, kebersihan, infrastruktur dan perkhidmatan awam demi menjadikan Klang bandar yang lestari, selesa dan berdaya huni.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker