Malaysia

Tahun baharu: Rapid KL lanjut waktu operasi hingga 2 pagi pada Rabu

Rapid KL melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel sehingga 2:00 pagi sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway, beberapa laluan bas terpilih dan Rapid KL On-Demand (ROD) pula beroperasi sehingga 2:30 pagi, 1 Januari 2026.

Langkah ini bagi memastikan pergerakan penumpang selepas sambutan lebih selamat, terkawal dan teratur, serta memudahkan perancangan perjalanan pulang.

Stesen rel terlibat (antara utama):

  • Laluan Kelana Jaya: Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru, USJ 7
  • Laluan Ampang/Sri Petaling: Hang Tuah, Masjid Jamek, Maluri
  • Monorel: Bukit Bintang, Hang Tuah
  • Laluan Kajang: Pasar Seni, TRX, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara, Cochrane
  • Laluan Putrajaya: TRX, Persiaran KLCC, Ampang Park
  • BRT Sunway (hingga 2:30 pagi): Sunway–Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU–Monash, South Quay, USJ7

Stesen lain tamat operasi seperti biasa, namun penumpang masih dibenarkan keluar stesen untuk meneruskan perjalanan. Orang ramai disaran semak media sosial rasmi Rapid KL dan aplikasi MyRapid PULSE untuk maklumat terkini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker