Malaysia

Perkeso & SPRM bongkar kes tuntutan faedah pencen ilat, 6 ditahan

Sindiket pemalsuan tuntutan faedah pencen ilat terbongkar apabila Perkeso bersama SPRM menahan enam individu menerusi Ops Stroke yang bermula sejak 3 September tahun lalu.

Tangkapan melibatkan pencarum dan dalang yang dipercayai bersekongkol memalsukan dokumen bagi mendapatkan bayaran faedah.

Siasatan awal menunjukkan kira-kira RM220,000 telah dibayar melalui tuntutan palsu, namun tindakan pantas berjaya mengelakkan potensi kerugian lebih besar yang dianggarkan mencecah RM3.78 juta.

Ketua Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed mengingatkan pencarum supaya berurusan terus dengan Perkeso tanpa melalui ejen bagi mengelakkan penipuan.

Ia selain menegaskan pemantauan berterusan dilakukan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pihak yang mengemukakan dokumen palsu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker