Dunia
Panjat bangunan Taipei 101 tanpa tali dalam tempoh 1 jam 31 minit

Pendaki ekstrem Amerika Syarikat, Alex Honnold berjaya memanjat bangunan pencakar langit Taipei 101 setinggi 508 meter di Taiwan tanpa menggunakan tali atau peralatan keselamatan.
Pendakian yang pada awalnya ditangguhkan akibat cuaca basah itu disempurnakan pada Ahad dalam tempoh satu jam 31 minit, lebih pantas berbanding rekod sebelum ini oleh pendaki Perancis, Alain Robert.
Aksi tersebut turut disiarkan secara langsung oleh Netflix dengan langkah keselamatan siaran ditangguhkan jika berlaku kecemasan.
Honnold sebelum ini terkenal sebagai individu pertama menawan tebing El Capitan setinggi 915 meter di Yosemite tanpa peralatan keselamatan, pencapaian yang difilemkan dalam dokumentari Free Solo yang memenangi Anugerah Akademi.




