Dunia

Virus Nipah: Wanita 40-an meninggal dunia, 35 kontak rapat dipantau

Seorang wanita meninggal dunia di utara Bangladesh pada Januari selepas dijangkiti virus Nipah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kes terbaharu ini berlaku susulan pengesanan dua kes di India yang mendorong pemeriksaan kesihatan diperketat di lapangan terbang seluruh Asia.

Pesakit berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun mula menunjukkan gejala pada 21 Januari, termasuk demam dan sakit kepala sebelum mengalami air liur berlebihan, kekeliruan serta sawan.

Wanita itu meninggal dunia seminggu kemudian dan jangkitan disahkan sehari selepas kematiannya.

WHO memaklumkan pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan tetapi mempunyai rekod mengambil air nira kurma mentah.

Seramai 35 kontak rapat dipantau dan semuanya disahkan negatif setakat ini, manakala tiada kes baharu dikesan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker