Malaysia

Lan Pet Pet mohon maaf selepas dikecam isu kenyataan lucah terhadap Fazura

Pelawak Lan Pet Pet tampil memohon maaf secara terbuka selepas dikecam susulan kenyataan berbaur lucah terhadap Fazura ketika siaran langsung di TikTok.

Lan, atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, mengakui kesilapan itu berpunca daripadanya sendiri walaupun mendakwa tiada niat buruk dan sekadar bergurau untuk tujuan promosi perniagaan.

Namun, beliau menerima kecaman yang timbul dan mengakui keterlanjuran kata.

Permohonan maaf itu dimuat naik di Instagram dan Fazura dilaporkan menerima permohonan maaf berkenaan secara terbuka.

Isu tercetus selepas klip siaran langsung itu tular di media sosial, menyebabkan pelawak berkenaan menerima kecaman hebat daripada netizen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker