10 kluster baharu tibi dikesan, Selangor tertinggi diikuti Kedah, Sarawak

Sebanyak 10 kluster baharu penyakit tibi dikesan di seluruh negara setakat 7 Februari 2026, dengan Selangor merekodkan empat kluster, manakala Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis dan Sabah masing-masing satu kluster.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, saringan tibi dijalankan di lokasi berisiko tinggi seperti sekolah berasrama, penjara dan asrama pekerja mengikut garis panduan Sistem Maklumat Tuberkulosis.
Sepanjang tahun lalu, 88 kluster tibi melibatkan 254 kes dilaporkan, dengan 35 kluster masih aktif.
Selangor mencatatkan kluster aktif tertinggi diikuti Kedah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagi mengawal penularan, Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pemantauan rawatan harian dan menggalakkan orang ramai mengamalkan etika batuk serta memakai pelitup muka.




