Malaysia

Hampir RM200 juta SARA dibelanjakan sejak Isnin

Hampir RM200 juta telah dibelanjakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sejak bantuan RM100 mula dikreditkan pada 9 Februari lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, hampir dua juta penerima telah menebus bantuan itu setakat Selasa, sekali gus menunjukkan pelaksanaan program berjalan lancar.

Beliau memaklumkan proses penebusan tahun ini lebih teratur berbanding tahun lalu yang berdepan gangguan kecil sistem, dengan tiada lagi isu beratur panjang.

Kerajaan turut memperluaskan kategori barangan yang boleh ditebus termasuk makanan sejuk beku, menjadikan keseluruhan 15 kategori keperluan asas.

Program SARA melibatkan peruntukan RM2.2 bilion dan memanfaatkan hampir 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas, dengan tempoh penggunaan sehingga hujung tahun ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker