
Pelakon Mia Sara Nasuha, 21, tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis dan beberapa individu lain susulan dakwaan fitnah yang tular di media sosial.
Mia menjelaskan tuduhan kononnya dia menjadi punca ibu Puteri Balqis dibuang keluarga adalah tidak berasas kerana ketika itu dia masih kanak-kanak dan tidak pernah mengenali keluarga berkenaan.
Dia turut menafikan dakwaan menganiaya atau menjadikan aktres itu sebagai kambing hitam, selain memaklumkan mereka hanya pernah bertemu sekali di set penggambaran.
Menurutnya, usaha untuk berhubung secara peribadi juga gagal kerana disekat di semua platform media sosial.
Isu berkenaan tercetus selepas tular dakwaan yang mengaitkan Mia dengan konflik keluarga serta isu buli sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat.




