Malaysia

Yang di-Pertuan Agong gering, susulan sakit musculoskeletal

Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sedang gering akibat kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot serta tulang di bahagian belakang dan pinggul.

Menurut kenyataan Istana Negara, pakar perubatan menasihatkan baginda supaya berehat sepenuhnya dan tidak menghadiri sebarang majlis rasmi bagi memberi ruang kepada rawatan serta proses pemulihan.

Berikutan itu, baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Kabinet, ketua perwakilan asing dan pegawai kanan kerajaan di Istana Negara kelmarin.

Majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam turut ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Baginda dijangka kembali menghadiri majlis rasmi selepas keadaan kesihatan beransur pulih.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker