Malaysia

Lelaki pijak al-Quran tiada rekod mualaf, MUIP tunggu penjelasan Firdaus Wong

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengesahkan tiada rekod pendaftaran lelaki berusia 21 tahun yang didakwa menghina Islam sebagai mualaf di negeri itu.

Semakan turut dibuat dengan pihak berkuasa agama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, namun tiada maklumat ditemui.

Perkara itu timbul susulan dakwaan pendakwah bebas Firdaus Wong bahawa individu terbabit merupakan mualaf yang memeluk Islam pada April tahun lalu.

MUIP memaklumkan pihaknya telah menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan lanjut, namun belum menerima maklum balas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker