Malaysia

Wanita warga emas, anak ditemui maut dalam rumah berkunci di Teluk Kumbar

Mayat seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemui dalam sebuah rumah berkunci di pangsapuri Teluk Kumbar, malam tadi.

Kejadian terbongkar selepas jiran terhidu bau busuk sebelum pihak bomba dipanggil untuk membuka pintu yang berkunci dari dalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata panggilan diterima pada 7.48 malam daripada polis.

Pasukan bomba membuka pintu menggunakan peralatan khas dan menemui kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri di ruang tamu serta bilik tidur.

Mangsa, Lee Tet Khim, 72, dan Lam Tong Hoong, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan. Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker