Uncategorized
Lelaki berjalan telanjang ketika Maghrib di Johor ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun susulan kejadian bogel di tempat awam yang videonya tular di media sosial, dipercayai berlaku di Jalan Mengkibol, Kluang pada kira-kira 7 malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata suspek ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Kluang di Taman Sunrise Park sekitar 4 petang Rabu.
Semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau dan keputusan ujian air kencing adalah negatif.
Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, manakala permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang bagi membantu siasatan lanjut.




