Bekas Presiden Iran rupanya masih hidup, dakwaan terkorban serangan AS-Israel tidak benar

Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, disahkan masih hidup dan selamat selepas laporan awal mendakwa beliau terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel yang menyasarkan kepimpinan serta infrastruktur ketenteraan Iran.
Pengesahan itu dibuat oleh penasihat rapatnya yang memaklumkan Ahmadinejad berada dalam keadaan baik.
Serangan berkenaan dilaporkan mengenai sebuah bangunan berkaitan pasukan keselamatannya, mengorbankan tiga pengawal peribadi daripada Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Namun, beliau tidak berada di lokasi ketika kejadian dan kediamannya yang terletak berhampiran juga tidak terjejas.
Penjelasan itu sekali gus menafikan spekulasi yang tular di media sosial dan beberapa laporan antarabangsa mengenai kematiannya susulan gelombang serangan tersebut.




